Saturday, July 12, 2008

WALKATHON SKBG 2008

Walkathon SKBG 2008 diwujudkan bagi mengumpulkan dana PIBG disamping menampung segala perbelanjaan yang melibatkan aktiviti-aktiviti dan menaiktaraf kemudahan sekolah demi keselesaan murid ketika menimba ilmu. Beberapa mekanisme telah dihasilkan bagi melancarkan dan memeriahkan perjalanan program ini, antaranya jawantankuasa Walkathon 2008, Sistem Kad Kutipan, Blog Walkathon, dan Hari Walkathon.
Mengikut perancangan, program ini akan berlangsung selama sebulan bermula 14 haribulan Julai (Majlis Pelancaran) hingga 7 Ogos 2008, dan majlis kemuncak iaitu Hari Walkathon (majlis penutup) akan diadakan pada 9 Ogos 2008 hari Sabtu, bermula jam 8.00 pagi.

Pihak sekolah akan mengedarkan kad kutipan kepada semua guru-guru, ibu bapa atau waris murid yang mengandungi segala maklumat kutipan dan maklumat program ini. Mereka akan diminta untuk mencari seberapa banyak kutipan wang yang mungkin dan pihak PIBG akan menyediakan hadiah-hadiah menarik kepada mereka yang membuat kutipan terbanyak bagi menarik minat mereka untuk melibatkan diri dengan lebih aktif.

Sebuah jawatankuasa diwujudkan khusus untuk program ini yang dianggotai oleh wakil-wakil dari PIBG dan staf-staf sekolah. Setiap jawatankuasa akan disediakan dengan perincian tugas dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan program ini dengan tujuan untuk melicinkan lagi proses kerja.

Selain itu, Hari Walkathon SKBG 2008 juga akan diadakan bagi meraikan dan menyambut kemuncak kepada program ini. Pelbagai aktiviti jualan, sukaneka dan penyampaian hadiah akan diadakan bagi memeriahkan hari berkenaan. Semua murid, ibubapa atau waris dan guru akan terlibat sepenuhnya pada hari berkenaan.



Wednesday, July 2, 2008

AKTIVITI PERKHEMAHAN PENGAKAP

25 JUN 2008
+
AKITIVITI PERKHEMAHAN PERSATUAN PENGAKAP.
PERSATUAN PENGAKAP KANAK-KANAK SEKOLAH TELAH MEMBUAT SATU LATIHAN PERKHEMAHAN PADA HARI TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN PENDEDEAHAN MENGENAI PERKHEMAHAN. SERAMAI 30 ORANG MURID TELAH MENYERTAI LATIHAN TERSEBUT. LATIHAN INI DIKETUAI OLEH CIKGU AHMAD ASRI.

















About Me

Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
THIS SCHOOL HAVE 45 TEACHERS AND 5 STAFF WORKERS. TWO COMBINED BLOCKS WITH SEPARATED SCHOOL CANTEEN, LOWER KINDERGARDEN, AND MOSQUE